ukhuwah yang dibina harap berkekalan

on Sabtu, 29 Ogos 2009


Sewaktu di SMK Seberang jaya, P.Pinang 2004

Ketika ini aku masih seorang pelajar yang cukup hebat kerana ketika ini aku merupakan seorang ketua kelas tingkatan 4sc2.


Sewaktu di SMK Semerah Padi, Sarawak 2005


Detik ini, aku merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah terbabit. sememangnya berada di luar jangkaan ku apabila aku bersekolah di Kuching Sarawak( rumah opah sebelah ibuku). Itu merupakan kali pertama aku menjejak kai di sana.



Sewaktu di SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur 2006/07

Kali ini aku berada di KL. Kali ini aku berada di sini atas sebab ayahku baru menerima arahan dari pihak atasan untuk berpindah dari Pulau Pinang ke Desa Tasik. Ketika itu juga aku baru menghabiskan pelajaran aku di Kuching...


Aku berharap agar ukhuwah aku antara sahabat aku ini berkekalan walaupun diri ini banyak merantau dari utara ke seberang sana dan ke bandar metropolitan pula. Inilah perjalanan hidup kita, di luar jangkaan kita.

Jika ada sahabatku yang terluang masa untuk membaca blogku ini sila pastikan diri kita masih mengingati antara satu dengan yang lain dan jika perlu kita verhubunglah dengan kemudahan yang sedia ada ini untuk perkembangan diri masing-masing. WASALAM


yahoo, facebook, myspace, frienster
: mieyourz88@yahoo.com
: miyo_flyer88@yahoo.com



SALAM RAMADHAN

on Selasa, 25 Ogos 2009

ramadhan tiba lagi...
bulan tunggal beribu manfaatnya...
bertandang hanya sekali semasihi...
penuh berkat tiada tandingannya...

ramadhan tiba lagi...
puasa, tarawih menjadi kewajiban...
kebaikan dicari kemungkaran dijauhi...
mengukuh iman penambah timbangan...

ramadhan tiba lagi...
nada Furqan satu irama...
masa terluang waktu dicari...
agar amalan tiada wacana...

ramadhan tiba lagi...
penuh keinsafan penuh bermakna
penuh kemeriahan dari ummati (ummah nabi Muhammad)...
hadirmu membawa penggubah paradigma...

bahasa melayu membimbangkan

Hari ini dalam sejarah (25 ogos 2009) sekali lagi Malaysia bagaikan dijajah kuasa-kuasa besar apabila bahasa kebangsaan sendiri (Bahasa Melayu) mula disisihkan. Sememangnya bahasa Melayu diamalkan secara harian semasa berkomunikasi dan sebaliknya, namun penggunaannya di peringkat tinggi semakin tenat. tambahan pula, kesusasteraan Melayu entah ke mana hala tujunya pun tidak berjaya dikesani.

Walaupun kerajaan Malaysia telah memansuhkan PPSMI, namun kesannya terhadap bahasa Melayu tidak pula berubah dan menyebabkan pihak tertentu kerugian besar atas penutupan kelas-kelas aliran sastera yang diakibatkan daripada pelajar yang lebih cenderung mengambil aliran sains.

Lebih mengaibkan lagi, banyak institut pengajian tinggi negara yang masih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya di UIA menyenaraikan bahasa Arab sebagai syarat wajib untuk masuk ke institut tersebut tidak kira penduduk peribumi mahupun bukan. Mengapa institut-institut lain tidak mewajibkan bahasa Melayu sebagai syarat wajib utama seperti yang berlaku di UIA?

Sedar mahupun tidak, banyak komik-komik luar yang berada di pasaran negara telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu dan ramai penggemar komik terutamanya remaja membelinya. Kini, penggemar novel juga kian meningkat dari hari ke hari serta dapat dirasakan bahawa kebanyakan penggemar novel banyak membeli novel tempatan. Persoalannya kini, mengapa pula, buku-buku pendidikan tidak boleh diterjemahkan dan mengapa bahasa Inggeris masih diutamakan sedangkan pelbagai lagi penyelesaian yang efisyen yang boleh difikirkan bersama dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita?

salam israk mikraj 1430

on Jumaat, 24 Julai 2009

9malam yang tadi telah berlangsungnya ceramah malam israk mikraj di dewan sri menanti di kolej rahman putra. walaupun saya tidak dapat hadir kerana keletihan namun saya berharap agar ceramah berkenaan berjaya memberi anjakan paradigma kepada mereka yang berjaya menghadiri ceramah tersebut...

dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ucapan takziah kepada salah seorang kenalan saya yang telah kehilangan seorang ahli keluarga yang paling disayangi beliau... semoga ahli keluarga beliau itu ditempatkan dalam kalangan muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH SWT.

salam takziah saya ucapkan.

mahasiswa perlukan anjakan

on Selasa, 21 Julai 2009

assalamualaikum wbt..

sedar atau tidak hari ini sudah masuk 28 rejab 1430 ataupun sudah 21 julai 2009...

1. selama hajat kita dari baligh hingga ke hari ini berapa kali kita khusyuk dalam solat???

2. selama ini juga sudah berapa kali kita doakan dan mengajak golongan mahasiswa(para
sahabat kita
) agar bersama-sama menunai solat fardhu di surau ataupun masjid???

3. dan selama ini juga sudah berapa kali kita menanyakan kepada sahabat kita sama ada
mereka sudah menunaikan solat fardhu ataupun tidak???

"ingatlah bahawa apabila kita berkumpul di akhirat kelak, kita akan ditanya apakah sumbangan kita kepada saudara-saudara kita yang berada di sekeliling kita dan ada di sesetengahnya akan menuntut keadilan kepada ALLAH SWT akan kesalahan kita yang tidak mengajak saudara-saudara kita yang berada berhampiran dengan kita"

NAUZUBILLAH MINZALIQ

remaja melayu diambang jahiliyah???

on Isnin, 13 April 2009

Susulan akhbar BH 13 April 09....

inikah anak bangsa yang akan memerintah negara tidak lama lagi???
benar-benar memilukan...
golongan ini sebenarnya kini harus memenuhi ilmu didada kerana mereka akan memerintah anak cucu kita kelak... jika ini acuannya jelaslah bangsa melayu akan dipijak oleh negara-negara besar tidak lama lagi...
jika dilihat dari mata kasar, remaja melayu kini seakan-akan golongan jahilliyah sebelum zaman kelahiran Rasulullah SAW...
oleh yang demikian berani saya mengatakan bahawa remaja melayu kita ini sudah seperti berada di zaman ketiadaan Rasul... (seperti Rasulullah tak wujud)

subhanallah....

sedarlah wahai anak muda...
kita kini dipenghujung dunia...
tidak lama lagi kita akan ditemukan dengan hari penghabisan...

ingat janji kita dengan tuhan...
"...sesungguhnya solatku, ibadahku, matiku dan hidupku hanya untuk Allah SWT..."

TAHNIAH ANAK BANGSAKU...

Remaja makin bangga, seronok buat jenayah

MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.


Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

caption image2

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.


Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

INFO: Masalah juvana

  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara

  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan

  • Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun

  • Statistik polis: 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 - Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

  • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

  • Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

  • dipetik terus dari berita harian 13 april 09