Hari ini dalam sejarah (25 ogos 2009) sekali lagi Malaysia bagaikan dijajah kuasa-kuasa besar apabila bahasa kebangsaan sendiri (Bahasa Melayu) mula disisihkan. Sememangnya bahasa Melayu diamalkan secara harian semasa berkomunikasi dan sebaliknya, namun penggunaannya di peringkat tinggi semakin tenat. tambahan pula, kesusasteraan Melayu entah ke mana hala tujunya pun tidak berjaya dikesani.
Walaupun kerajaan Malaysia telah memansuhkan PPSMI, namun kesannya terhadap bahasa Melayu tidak pula berubah dan menyebabkan pihak tertentu kerugian besar atas penutupan kelas-kelas aliran sastera yang diakibatkan daripada pelajar yang lebih cenderung mengambil aliran sains.
Lebih mengaibkan lagi, banyak institut pengajian tinggi negara yang masih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya di UIA menyenaraikan bahasa Arab sebagai syarat wajib untuk masuk ke institut tersebut tidak kira penduduk peribumi mahupun bukan. Mengapa institut-institut lain tidak mewajibkan bahasa Melayu sebagai syarat wajib utama seperti yang berlaku di UIA?
Sedar mahupun tidak, banyak komik-komik luar yang berada di pasaran negara telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu dan ramai penggemar komik terutamanya remaja membelinya. Kini, penggemar novel juga kian meningkat dari hari ke hari serta dapat dirasakan bahawa kebanyakan penggemar novel banyak membeli novel tempatan. Persoalannya kini, mengapa pula, buku-buku pendidikan tidak boleh diterjemahkan dan mengapa bahasa Inggeris masih diutamakan sedangkan pelbagai lagi penyelesaian yang efisyen yang boleh difikirkan bersama dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan