Kali ini saya mahu membentangkan sedikit masalah sosial dalam kalanganremaja yang sedang meruncing ini... Terutamanya masalahremaja yang terjebak dengan manusia dua alam ini...
Saya menulis ini bukannya mahu mengecam kelompok mereka ini, tetapi sebagai seorang remaja saya harus peka dengan masalah ini....
Faktor yang menyumbang peningkatan gejala ini adalah pengaruh rakan sebaya itu sendiri... Cuba kita fikirkan bersama-sama, jika kita berkawan dengan sahabat yang celik ilmu pengetahuannya maka kita akan turut menjadi sahabat yang berjaya sepertinya... Ayat ini menyebabkan saya teringat akan kata-kata Rasulullah SAWiaitu jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita akan mendapat apinya dan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita akan mendapat bau wangi haruman tersebut... Oleh yang sedemikian, jelaslah bahawa peranan rakan sebaya memainkan peranan yang serius dalam pembentukan sahsiah diri kita pada masa hadapan...
Situasi ini terjadi disebabkan mereka ini tidak mengamalkan pendekatanIslam dan agama yang dianuti dengan sebenar-benarnya... Bukan saya mahu berceramah, tetapi jika mereka ini memahami Islam dan agama yang dianuti ini dengan seadanya Insyaallah dengan izinAllah SWT mereka mampu mengubahnya... Bukan sahaja diri mereka bahkan mereka ini mampu mengubah sahabat-sahabat seperjuangan yang terjebak dengan masalah juga... Malangnya, diri kita ini terdengar sahaja mengenai hal-hal keagamaan, mulalah memikir1001 cara melarikan diri dari mendengarnya... Apa kejadahnya??? Tetapi itulah yang membuktikan kedaifan dan kejahilan diri kita sebagaikhalifah di bumi Yang Maha Esa ini...
Oleh itu fikir-fikirkan....
Selamat berfikir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan